Saturday, 13 October 2012

Detik Sebelum Bergelar Ayah

18 September 2012 | Selasa

Kisahnya bermula selepas kami keluar untuk jalan-jalan cari makan dan bercuti di Sepang Goldcoast, yela...dah namanya cuti, inilah peluang untuk menghabiskan masa cuti dengan pergi bercuti di tempat-tempat menarik di Malaysia..Lokasi percutian tidak lah jauh sangat dari Shah Alam, hanya mengambil masa kurang dari sejam untuk sampai ke destinasi.  Memang aku sudah merancang untuk membawa isteriku bercuti atau 'honeymoon' kat mana-mana sebelum tiba waktu bersalin,konon-konon nak hilangkan stress la....

Percutian kami sempurna dengan menikmati keindahan ciptaan Tuhan, tambahan pula..ketika itu, cuti 3 hari..Sabtu hingga Isnin.  Isnin tu cuti untuk menyambur Hari Malaysia..Yeay! Aku membawa isteri bercuti di Sepang Gold Coast 2 hari 1 malam..Tempatnya sesuai untuk keluarga yang ingin menghabiskan cuti bersama anak-anak. Jadi, aku memang saran tempat ni untuk sesiapa yang nak kurangkan tekanan, pantai kat situ pon cantik2..Mungkin tempat ni masih baru, tak ada fasiliti yang lengkap lagi..2 3 tahun lagi, InsyaAllah..ianya akan jadi satu destinasi pelancongan wajib di Malaysia...

Sempatla posing2 kat tempat tu....




Bila tengok gambar ni, maknye masih tembam2 lagi la....hehe..

Jadi, bila nak gerak pulang ke Shah Alam..kami ikut jalan biasa, tak ikut jalan Highway ke Sepang dan melalui ELITE untuk pulang ke Shah Alam, konon2 nak merasai bercuti dengan riang dan santai. Perjalanan pulang melalui Pantai Morib, Banting pon best jugak.  Dapat la tengok suasana kiri dan kanan jalan kat situ..Tak ada benda nak dikejarkan, asal ada tempat yang best saja...terus berhenti....hehe..

Bila dah sampai rumah, rasa malas melanda untuk kerja keesokan harinya...

Hari Selasa tu, dah dapat simptom Tuesday Blues..yela, dah dapat cuti 3 hari kot..penuh dengan aktiviti...

Haa...bila waktu malam tu la yang bermulanya detik-detik aku untuk bergelar bapa..Selepas solat isya, Isteriku Yani ajak menonton TV bersama sambil mintak tolong lipat kain. Aku pon ok je la, tp tolong tengok je la...time tu sibuk tengok barang kat Mudah.hehe..

Tiba2....
"Abang, air ape yang keluar ni....??" tanya Yani kat aku...

"Air ape?" Balas ku ringkas...

"Entah la, macam banyak je keluar ni....takkan air ketuban kot?" Yani masih tenang menanyakan sesuatu yang antara kami kurang arif tentang kejadian yang berlaku...

"Ish...tak kot, kandungan baru 32 minggu kan...takkan dah air ketuban dah pecah kan...takpe2, biar abg check n google kat Internet dulu.." Ujar ku untuk meredakan situasi..kebetulan pula, memang aku sedang buka Laptop depan mata..

'Bagaimana untuk mengetahui Air Ketuban sudah pecah' itu ayat yang aku tulis kat En.Google..dan jawapannya,

'Jika air ketuban sudah pecah, biasanya akan keluar cecair jernih dan sedikit ketulan2 berwarna cokelat'.  Lepas tu, aku pun tanya kat Yani..

"Ada keluar cecair jernih je kan, ketulan2 berwarna cokelat tak dak kan??So, bukan kot...." cuba menenangkan Yani yang semakin cemas, aku pon cemas jugak kott....hehe..
"Takpe, abang try google lagi untuk tau macam mana nak tau ujian air ketuban tu dah pecah or tak..."

'Macam mana nak tau buat ujian air ketuban dah pecah atau tidak' tulis ku kat En.Google lagi....dan jawapannya,

'Cuba buang air kecil dan tunggu sebentar..Jika terdapat lelehan lagi, memang sah..air ketuban pecah! dan jika tiada, mungkin air lelehan dari kencing sahaja..' Aku pon segera mengarahkan Yani buat ujian tu...

Setelah selesai buat ujian tu, Yani bagitau..dah takde lelehan lagi....

Alhamdulillah, lega wat sementara waktu..padahal hati masih tak sedap lagi..
Sambil usap2 perut kat Baby,...
"Sabar ye anak ayah ni...belum cukup waktu lagi ni, kena sabar sikit ye..InsyaAllah, semuanya akan selamat.." ujarku kepada baby..
"Sayang, kita monitor dulu la macam mana nanti..kalau2 ada lagi lelehan keluar lepas ni, kita terus pergi Hospital je la eh...." aku memberi semangat kepada isteriku dalam keadaan genting macam ni....lalu kami terus lelapkan mata....

~bersambung.......


Monday, 28 May 2012

Blogger New Born - 28 May 2012


Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan jari-jemari aku ke dalam dunia blogger setelah sekian lama asyik menonton, membaca blog2 yang sedia ada dia ruangan alam maya..
Sekadar ingin menjadikan inspirasi minda jadi realiti.