SEDIH
Hari ini kita dikejutkan dengan kemalangan maut yang berlaku diantara sekumpulan anak muda seramai 6 buah kereta Myvi berlumba di Highway Duke. Salah seorang daripada mereka telah melanggar sebuah pajero yang ingin bertukar dan memberi laluan dan akhirnya terlibat dalam kemalangan. 3 maut. Sepasang suami isteri bersama seorang anak berusia 6 bulan. Amat malang, 2 anaknya yang tidak mengikut arwah ke majlis kenduri menjadi yatim piatu. Tidak dapat bayangkan bagaimana kesedihan seorang anak yang akan merindui ibu dan ayahnya ...Usia mereka terlalu muda untuk mengharungi liku-liku kehidupan tanpa insan tersayang. Bertabah la wahai anak.. Ade hikmah utk setiap apa yang berlaku.
Untuk pemandu Myvi, anda sebenarnya yang menjadi punca. Bukan semua pemandu Myvi yang memandu laju, tetapi kebanyakkannya di atas jalanraya..mereka la yang memecut laju tanpa hirau akan keselamatan orang lain. Hate Myvi!
-----
Keadaan Muammar harini, berat turun sedikit lagi .
Terkini, 1.35kg..
Turun lagi berbanding semalam...
Ibu bagitau, Muammar asyik tido je time nk menyusu...kejut2 pon tak bangun...letih sangat ye...
Hisap susu ibu kejab je, dalam 10 minit...dah lelap...
Hai la anak...janji Muammar sihat, itu dah memadai utk ayah dan ibu...
Utk yang lain, keadaan masih tak berubah.. Hanya menanti berat badan untuk naik..
Seronok dpt dukung n cium2 Muammar...
Orangnya kecik n halus sgt...
With love,
MM
No comments:
Post a Comment