Thursday, 31 October 2013
DAY 3 : 21 September 2012, Mifzal Mikhail
Hari ni, baby dah semakin aktif..baby dah dpt bg senyuman kat ayah dan ibu, tenang je rasa...matanya yg bulat bersinar, bagaikan dapat merasai nikmat menjadi ayah kurniaan Allah s.w.t
MM Jr sedar dan membukakan mata semasa kehadiran ibu dan ayah, lama jgk la dia buka mata..seolah2 ingin menceritakan akan keadaannya sekarang..sabar ye syg, ayah dan ibu sentiasa mendoakan yang terbaik...
Kuat jgk suara anak ayah n ibu ni, risau je time baby menangis tadi..tak henti2 lak tu, dah la haluss je..terus rasa sayu..ibu usap2 skit, terus diam...rindu ibu la tu...hehe..
Ya Allah, Engkau permudahkan la urusanku,isteriku dan anakku...
DAY 2 : 20 September 2012
Pada hari kedua kelahiran MM Jr, baby sudah tidak
memerlukan bantuan pernafasan dan boleh bernafas dengan sendiri. Satu berita
yang mengembirakan pada tengahari tadi..Baby semakin aktif dan mula untuk
menerima nutrisi dari susu pra-matang Hospital Putrajaya.
Sesalur yang dicucuk di tangan kanan sudah dicabut pada sebelah petang, alhamdulillah..sudah ada pengurangan sesalur di baby..
InsyaAllah, baby akan lebih aktif setelah dpt meneguk susu ibu kelak...Sabar ye syg, ayah dan ibu sentiasa doakan baby kuatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini..
Ya Allah, Engkau permudahkan la urusanku,isteriku dan anakku...
Sesalur yang dicucuk di tangan kanan sudah dicabut pada sebelah petang, alhamdulillah..sudah ada pengurangan sesalur di baby..
InsyaAllah, baby akan lebih aktif setelah dpt meneguk susu ibu kelak...Sabar ye syg, ayah dan ibu sentiasa doakan baby kuatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini..
Ya Allah, Engkau permudahkan la urusanku,isteriku dan anakku...
Thursday, 24 October 2013
Day 1 | 19 September 2012
Alhamdulillah,
kami menerima cahaya mata lelaki kurniaanNya pada 19 September 2012 melalui
pembedahan..
Buat masa sekarang, bayi sedang menerima rawatan dalam
incubator kerana tidak cukup minggu (premature-32 weeks with 1.485kg) di NICU
Hospital Putrajaya, alhamdulillah..baby stabil dan cukup sifat....
Doakan baby kami sehat dan insyaAllah dpt menjalani
kehidupan seperti bayi yang lain...
Keadaan baby stabil, dengan bantuan oksigen diberikan ..tangan dan kaki semuanya diikat dengan peralatan untuk monitor degupan jantung serta tekanan darah dalam badan. Ketika ini, bayi diberikan vitamin untuk kepentingan jantung dan organ2 yang lain kerana masih kurang matang sepenuhnya..
Selepas mengazankan ditelingga baby, aku terus mencari doktor yang bertugas untuk mengetahui keadaan anak aku ni..tup2, doktor tu yang datang kat tempat aku...
"Encik ni suami kepada Puan Norliaani ke...?" tanya doktor yang bertugas.
"Ye saya..Macam mana keadaan anak saya?" aku bertanya dengan penuh debaran..
"Alhamdulillah, keadaan baby sekarang dah stabil..berat masa lahir tadi 1.485kg. Buat masa sekarang, apa yang kami dapat lakukan ialah hanya monitor keseluruhan organ-organ yang ada untuk periksa samada ianya berfungsi sepenuhnya atau tak..itu adalah prosedur yang normal bagi setiap baby pramatang. Kita akan monitor baby ni sampai berat baby naik ke 1.7kg atau 1.8kg. Selalunya, berat yang sekarang ni akan turun sedikit dan akan mula meningkat selepas tu..Kemungkinan 3 atau 4 minggu jugak untuk naik ke tahap berat yang saya bagitau tadi."
"Berapa ye average berat bayi tu naik dalam sehari...?" ujarku untuk kepastian.
"Biasanya, berat baby akan naik 10g hingga 30g dalam masa sehari...tapi bergantung kepada baby tu juga..kadang-kadang ada hari naik, ada jugak turun,..insyaAllah, semuanya akan selamat..kami akan lakukan yang terbaik..Buat masa ni, susu ibu adalah terbaik untuk anak..kalau ade susu dari ibu, bawa la..nanti kita akan beri minum kat baby.."
Terima kasih ya Allah...syukur kepadaMU dengan nikmat menjadi ayah dalam keluarga kecilku...
Baby sgt comel n haluussss je...'like bapak like son'..
Hari Bersejarah - 19 September 2012 | Rabu
Fajar subuh belum lagi kelihatan, hanya embun pagi membasahi bumi
bertuah ini. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk bernyawa di alam
dunia untuk sentiasa dapat beribadat kepadaNya. Dalam kerisauan yang
menyelebungi dari semalam tentang kandungan dalam rahim isteriku,
tiba-tiba...
“Abang, rasa macam tak sedap hati la..habis basah je ni...” ujar isteriku kepadaku..
“Yeke....ada rasa sakit-sakit tak?macam nak beranak ke...?Kalau macam ni, lepas Subuh nanti kite g Klinik Kesihatan terus la, lagi pun..memang ada appointment kan...?” cuba tenangkan keadaan
Selepas subuh, kami terus bergerak ke klinik kesihatan seksyen 7. Setibanya aku di situ, aku memberhentikan Yani di porch klinik dan terus mencari parking. Belum sempat aku mencari tempat parking kereta..tiba2 aku mendapat panggilan dari wife aku.
”Abang....nurse tu bagitau, kalau dah jadi kes macam ni..kena terus g hospital je...cmne ni??” dalam nada sedikit gelisah
“Mm..kalau macam tu, tunggu jab kat tempat tadi..kite g hospital terus..sabar ye..” cuba menenangkan suasana yang agak tegang ketika itu..
Aku pon tak fikir panjang, terus ke Hospital Putrajaya. Tu je yang ade kepala otak aku. Sepanjang perjalanan ke Hospital, aku terus memikirkan kemungkinan2 yang bakal berlaku kat Yani dan anak dalam kandungan...
Aku pegang erat tangan wife aku..
'InsyaAllah. Semuanya akan selamat. ..'
Bila dah memasuki kawasan hospital, aku terus memberhentikan wife aku di Wad Bersalin dan aku macam biasa la...cari parking. .hehe.
Alhamdulillah. .dapat jugak parking, yela...susah jugak nak dapat parking sebab sama time dengan orang nak masuk kerja. Baru sahaja aku hendak memulakan langkah ke arah Wad Bersalin...wife aku call..
'Abang...bawa beg anak terus same ye..'
Ya Allah...adakah aku akan menjadi ayah arini?? Tanpa berlengah..terus ambil beg dan terus ke wad. Dalam kekusutan memikirkan keadaan dan dugaan ku pada kali ni..muncul wife aku di depanku..
“Abang..doktor dah check tadi, memang ade kebocoran air ketuban...tapi kena tunggu pakar decide nak buat macam mana lepas ni....”
“Anak ok x? Sayang ok?”
“Setakat sekarang, tak rasa sakit pun...Cuma risau je macam mana keadaan anak..”
“InsyaAllah, semuaNya akan selamat....”
Yani masuk semula ke dalam wad untuk salin pakai kain batik dan tunggu pakar datang untuk melihat dan periksa keadaannya serta anak. Aku??Mm..macam biasa la, kena tunggu kat luar dengan hati tak tentu arah jugak..huhu..
“Encik ni suami kepada Puan Norliaani ke...?” Tanya nurse yang bertugas kepadaku..
“Ye ..saya...Kenapa ye??”
“Boleh tak encik pergi ke bahagian D & C, bawah sana tu..isteri encik dah kita orang bawa ke sana untuk jumpa pakar..Jumpa kat sana ye..”
“Ok..”
Aku terus bergegas ke tempat yang dijanjikan, jadi tak keruan jugak la untuk tahu ada kesudahan masalah yang berlaku ni...Akhirnya, aku jumpa jugak bilik dimana Yani dah terbaring atas katil. Yani sedang diperiksa oleh pakar sakit puan. Nama apa pon aku dah tak ingat...
“Ha...suami awak dah datang ni, macam ni...saya dah scan kandungan dan saya dapat pastikan air ketuban semakin berkurang, so..apa yang kite boleh lakukan sekarang adalah dengan membuat pembedahan pada isteri encik dan kite monitor daripada luar untuk selamatkan bayi encik dan puan. Dari apa yang saya tengok keadaan bayi semakin lemah, oksigen daripada isteri puan dah tak normal.. Jadi, saya bimbang bayi akan lemas. Encik boleh tengok heartbeat bayi kat monitor ni..” Doktor tu tunjuk graf jantung yang semakin lemah kepadaku..Owh..tak terkata aku Oo...huhu.
“Kalau macam tu, saya izinkan doktor operate isteri saya demi selamatkan anak saya ni...tapi keadaan anak saya selepas tu macam mana doktor?” Aku beri lesen kat doktor..
“Mm..bayi awak ni dah berapa minggu ye?Saya rasa macam kecik je ni...1.5kg.. Kalau ikutkan saiz bayi ikut berat, kandungan awak berusia 27 minggu..betul ke?”
“Kalau hari ni, dah 32 minggu doktor..” Yani menyapa..
“Bayi awak ni dah kira pra-matang jugak ni. Takpe, wat masa sekarang..kita lakukan operation dulu, kite monitor daripada luar sampai dia sihat..InsyaAllah, semuanya akan selamat. Tapi itu terpulang kepada awak untuk beri persetujuan untuk operation ataupun tidak..”
“InsyaAllah, doktor...semoga semuanya selamat..Doktor di pihak yang pakar, saya bersetuju sahaja...yang lain saya berdoa kepada Allah semoga semuanya selamat” sambil memegang erat tangan Yani yang sudah kecucuran air mata...aku?? control2 macho lagi..
“InsyaAllah,...nanti nurse akan beritahu awak apa borang yang nak kena tandatangan, kemungkinan2 yang akan berlaku supaya awak faham akan keseluruhan apa yang pihak hospital akan buat ye. Selepas ni, kite akan bagi suntikan untuk matangkan paru-paru. InsyaAllah, kita sama-sama berdoa untuk semuanya selamat...Last makan pukul berapa ye?”
“Pukul 7pagi”
“Kalau macam tu, kite akan operate awak dalam pukul 1 atau 2 ptg nanti. InsyaAllah. Nanti nurse akan siapkan kelengkapan untuk awak...”
Dalam keadaan kebinggungan lagi...apa yang harus aku buat pon tak macam tak keruan. Manakan tidak, aku akan menjadi ayah pada hari ni. Sesuatu yang belum aku fikirkan secepat ini..Terus aku capai telefon, telefon semua ahli keluarga sebelahku dan sebelah Yani..Rasa macam sibuk mengalah Perdana Menteri la..
Selepas semuanya selesai, aku pergi berjumpa Yani dah sedia dengan uniform hijau di bilik persediaan untuk pembedahan.
“Sayang ok?” ungkapan pertama aku kat Yani...
“Ok..tapi risau dan sedih pon ade jugak ni, macam mana la keadaan anak kite ni”
“InsyaAllah, semuanya akan selamat. Bagi abang, mungkin ade hikmah untuk semua ni, mungkin pertanda anak kite dalam perut tu dah tak selesa ke ape ke..Kite dah nk jadi ayah dan ibu dah..kite baca yassin dulu ye, semoga semuanya selamat..” cuba tenangkan keadaan Yani yang nampak agak stress..
Aku biarkan Yani di dalam bilik untuk dapatkan ketenangan, aku biarkan alunan bacaan al-Quran dalam Handphone di atas perut Yani..InsyaAllah, semuanya akan selamat. Aku menanti diluar, abang aku datang menemaniku sebelum ahli keluarga yang lain datang..
Bila waktu dinantikan sudah tiba, Yani diusung ke dalam Operation Theater .. Aku memberi kata2 semangat kat Yani sebelum masuk. Mujurlah Hopsital Putrajaya ni, ade screen yang tunjuk status operation. Boleh la aku tunggu diluar. Sementara menunggu semuanya selesai, tak putus2 aku berdoa kepadaNya supaya anak dan isteriku selamat..
![]() |
| Yani masih di 'Waiting Area'...tunggu turn nak operate sebab ade kes yang lagi urgent |
![]() |
| Operation in progress!! |
![]() |
| Operation completed! |
Alhamdulillah, aku sudah bergelar ayah. Isteriku pula bergelar ibu apabila screen menunjukkan operation selesai dan dihantar ke wad. Aku lihat riak wajah isteriku tenang tapi agak terkilan sebab tak dapat melihat anak. Doktor terus bawa untuk dikuarantin.
“Nurse, anak saya dekat mana....?”
“Anak encik, kami dah bawa terus ke NICU..bayi encik kena kuarantin dulu. Doktor akan datang check keadaan dia lepas ni. Lepas sejam ni, encik boleh datang NICU ye...”
“Ok..terima kasih ye nurse”
Setelah Yani dapat baring di atas katil dan rehat, aku terus ke NICU untuk melihat anakku..Sewaktu sampai di NICU tu, aku dikehendaki memakai apron dan mencuci tangan dengan sabun khas untuk mengelakkan jangkitan kuman. Aku menyusuri laluan ke tempat tabung2 bayi tu...MasyaAllah, kecik2 nye bayi2 kat sini..semuanya sama saiz je.. Baru aku tahu nikmat Allah bagi dekat aku ni supaya sentiasa mensyukuri apa sahaja pemberianNya. Tapi yang mana satu anak aku ni?
“Nurse, bayi Norliaani dah boleh tengok ke...?”
“Bayi Norliaani??kejab ye...Haa., bayi encik kat dalam bilik tu...pergi la...”ujar nurse yang bertugas
“Terima kasih ye nurse” sambil senyum sengih jugak la...
“Assalamualaikum anak ayah......” itu ungkapan pertama yang aku sebutkan apabila berjumpa dengan anakku..rasa terharu dan sebak melihat keadaannya ketika itu, penuh sarat dengan wayar di kaki dan tangan. Siap ada oksigen support lagi diletakkan di hidung. Comel je. Aku mengamati ikut siapala riak wajah aku ni..aku tenung lama2 setiap bentuk badannya..Subhanallah. Lantas aku mengazankan di telinganya sebagai tanggungjawabku kepadanya.
“Anak....ayah datang ni, ibu kat wad lagi...nanti Ibu datang ye...anak ayah kena kuatkan semangat ok. Jadi anak yang soleh yang berguna untuk anak bangsa, agama dan negara.!” bisik aku di telingganya..
Subscribe to:
Comments (Atom)


