Thursday, 24 October 2013

Hari Bersejarah - 19 September 2012 | Rabu

Fajar subuh belum lagi kelihatan, hanya embun pagi membasahi bumi bertuah ini. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk bernyawa di alam dunia untuk sentiasa dapat beribadat kepadaNya. Dalam kerisauan yang menyelebungi dari semalam tentang kandungan dalam rahim isteriku, tiba-tiba...

“Abang, rasa macam tak sedap hati la..habis basah je ni...” ujar isteriku kepadaku..
“Yeke....ada rasa sakit-sakit tak?macam nak beranak ke...?Kalau macam ni, lepas Subuh nanti kite g Klinik Kesihatan terus la, lagi pun..memang ada appointment kan...?” cuba tenangkan keadaan

Selepas subuh, kami terus bergerak ke klinik kesihatan seksyen 7. Setibanya aku di situ, aku memberhentikan Yani di porch klinik dan terus mencari parking. Belum sempat aku mencari tempat parking kereta..tiba2 aku mendapat panggilan dari wife aku.
”Abang....nurse tu bagitau, kalau dah jadi kes macam ni..kena terus g hospital je...cmne ni??” dalam nada sedikit gelisah
“Mm..kalau macam tu, tunggu jab kat tempat tadi..kite g hospital terus..sabar ye..” cuba menenangkan suasana yang agak tegang ketika itu..
Aku pon tak fikir panjang, terus ke Hospital Putrajaya. Tu je yang ade kepala otak aku. Sepanjang perjalanan ke Hospital, aku terus memikirkan kemungkinan2 yang bakal berlaku kat Yani dan anak dalam kandungan...
Aku pegang erat tangan wife aku..
'InsyaAllah. Semuanya akan selamat. ..'
Bila dah memasuki kawasan hospital, aku terus memberhentikan wife aku di Wad Bersalin dan aku macam biasa la...cari parking. .hehe.
Alhamdulillah. .dapat jugak parking, yela...susah jugak nak dapat parking sebab sama time dengan orang nak masuk kerja. Baru sahaja aku hendak memulakan langkah ke arah Wad Bersalin...wife aku call..
'Abang...bawa beg anak terus same ye..'
Ya Allah...adakah aku akan menjadi ayah arini?? Tanpa berlengah..terus ambil beg dan terus ke wad. Dalam kekusutan memikirkan keadaan dan dugaan ku pada kali ni..muncul wife aku di depanku..
“Abang..doktor dah check tadi, memang ade kebocoran air ketuban...tapi kena tunggu pakar decide nak buat macam mana lepas ni....”
“Anak ok x? Sayang ok?”
“Setakat sekarang, tak rasa sakit pun...Cuma risau je macam mana keadaan anak..”
“InsyaAllah, semuaNya akan selamat....”
Yani masuk semula ke dalam wad untuk salin pakai kain batik dan tunggu pakar datang untuk melihat dan periksa keadaannya serta anak. Aku??Mm..macam biasa la, kena tunggu kat luar dengan hati tak tentu arah jugak..huhu..
“Encik ni suami kepada Puan Norliaani ke...?” Tanya nurse yang bertugas kepadaku..
“Ye ..saya...Kenapa ye??”
“Boleh tak encik pergi ke bahagian D & C, bawah sana tu..isteri encik dah kita orang bawa ke sana untuk jumpa pakar..Jumpa kat sana ye..”
“Ok..”

Aku terus bergegas ke tempat yang dijanjikan, jadi tak keruan jugak la untuk tahu ada kesudahan masalah yang berlaku ni...Akhirnya, aku jumpa jugak bilik dimana Yani dah terbaring atas katil. Yani sedang diperiksa oleh pakar sakit puan. Nama apa pon aku dah tak ingat...

“Ha...suami awak dah datang ni, macam ni...saya dah scan kandungan dan saya dapat pastikan air ketuban semakin berkurang, so..apa yang kite boleh lakukan sekarang adalah dengan membuat pembedahan pada isteri encik dan kite monitor daripada luar untuk selamatkan bayi encik dan puan. Dari apa yang saya tengok keadaan bayi semakin lemah, oksigen daripada isteri puan dah tak normal.. Jadi, saya bimbang bayi akan lemas. Encik boleh tengok heartbeat bayi kat monitor ni..” Doktor tu tunjuk graf jantung yang semakin lemah kepadaku..Owh..tak terkata aku Oo...huhu.

“Kalau macam tu, saya izinkan doktor operate isteri saya demi selamatkan anak saya ni...tapi keadaan anak saya selepas tu macam mana doktor?” Aku beri lesen kat doktor..
“Mm..bayi awak ni dah berapa minggu ye?Saya rasa macam kecik je ni...1.5kg.. Kalau ikutkan saiz bayi ikut berat, kandungan awak berusia 27 minggu..betul ke?”
“Kalau hari ni, dah 32 minggu doktor..” Yani menyapa..
“Bayi awak ni dah kira pra-matang jugak ni. Takpe, wat masa sekarang..kita lakukan operation dulu, kite monitor daripada luar sampai dia sihat..InsyaAllah, semuanya akan selamat. Tapi itu terpulang kepada awak untuk beri persetujuan untuk operation ataupun tidak..”
“InsyaAllah, doktor...semoga semuanya selamat..Doktor di pihak yang pakar, saya bersetuju sahaja...yang lain saya berdoa kepada Allah semoga semuanya selamat” sambil memegang erat tangan Yani yang sudah kecucuran air mata...aku?? control2 macho lagi..
“InsyaAllah,...nanti nurse akan beritahu awak apa borang yang nak kena tandatangan, kemungkinan2 yang akan berlaku supaya awak faham akan keseluruhan apa yang pihak hospital akan buat ye. Selepas ni, kite akan bagi suntikan untuk matangkan paru-paru. InsyaAllah, kita sama-sama berdoa untuk semuanya selamat...Last makan pukul berapa ye?”
“Pukul 7pagi”
“Kalau macam tu, kite akan operate awak dalam pukul 1 atau 2 ptg nanti. InsyaAllah. Nanti nurse akan siapkan kelengkapan untuk awak...”

Dalam keadaan kebinggungan lagi...apa yang harus aku buat pon tak macam tak keruan. Manakan tidak, aku akan menjadi ayah pada hari ni. Sesuatu yang belum aku fikirkan secepat ini..Terus aku capai telefon, telefon semua ahli keluarga sebelahku dan sebelah Yani..Rasa macam sibuk mengalah Perdana Menteri la..

Selepas semuanya selesai, aku pergi berjumpa Yani dah sedia dengan uniform hijau di bilik persediaan untuk pembedahan.
“Sayang ok?” ungkapan pertama aku kat Yani...
“Ok..tapi risau dan sedih pon ade jugak ni, macam mana la keadaan anak kite ni”
“InsyaAllah, semuanya akan selamat. Bagi abang, mungkin ade hikmah untuk semua ni, mungkin pertanda anak kite dalam perut tu dah tak selesa ke ape ke..Kite dah nk jadi ayah dan ibu dah..kite baca yassin dulu ye, semoga semuanya selamat..” cuba tenangkan keadaan Yani yang nampak agak stress..

Aku biarkan Yani di dalam bilik untuk dapatkan ketenangan, aku biarkan alunan bacaan al-Quran dalam Handphone di atas perut Yani..InsyaAllah, semuanya akan selamat. Aku menanti diluar, abang aku datang menemaniku sebelum ahli keluarga yang lain datang..
Bila waktu dinantikan sudah tiba, Yani diusung ke dalam Operation Theater .. Aku memberi kata2 semangat kat Yani sebelum masuk. Mujurlah Hopsital Putrajaya ni, ade screen yang tunjuk status operation. Boleh la aku tunggu diluar. Sementara menunggu semuanya selesai, tak putus2 aku berdoa kepadaNya supaya anak dan isteriku selamat..




Yani masih di 'Waiting Area'...tunggu turn nak operate sebab ade kes yang lagi urgent
Operation in progress!!


Operation completed!


Alhamdulillah, aku sudah bergelar ayah. Isteriku pula bergelar ibu apabila screen menunjukkan operation selesai dan dihantar ke wad. Aku lihat riak wajah isteriku tenang tapi agak terkilan sebab tak dapat melihat anak. Doktor terus bawa untuk dikuarantin.
“Nurse, anak saya dekat mana....?”
“Anak encik, kami dah bawa terus ke NICU..bayi encik kena kuarantin dulu. Doktor akan datang check keadaan dia lepas ni. Lepas sejam ni, encik boleh datang NICU ye...”
“Ok..terima kasih ye nurse”

Setelah Yani dapat baring di atas katil dan rehat, aku terus ke NICU untuk melihat anakku..Sewaktu sampai di NICU tu, aku dikehendaki memakai apron dan mencuci tangan dengan sabun khas untuk mengelakkan jangkitan kuman. Aku menyusuri laluan ke tempat tabung2 bayi tu...MasyaAllah, kecik2 nye bayi2 kat sini..semuanya sama saiz je.. Baru aku tahu nikmat Allah bagi dekat aku ni supaya sentiasa mensyukuri apa sahaja pemberianNya. Tapi yang mana satu anak aku ni?
“Nurse, bayi Norliaani dah boleh tengok ke...?”
“Bayi Norliaani??kejab ye...Haa., bayi encik kat dalam bilik tu...pergi la...”ujar nurse yang bertugas
“Terima kasih ye nurse” sambil senyum sengih jugak la...

“Assalamualaikum anak ayah......” itu ungkapan pertama yang aku sebutkan apabila berjumpa dengan anakku..rasa terharu dan sebak melihat keadaannya ketika itu, penuh sarat dengan wayar di kaki dan tangan. Siap ada oksigen support lagi diletakkan di hidung. Comel je. Aku mengamati ikut siapala riak wajah aku ni..aku tenung lama2 setiap bentuk badannya..Subhanallah. Lantas aku mengazankan di telinganya sebagai tanggungjawabku kepadanya.
“Anak....ayah datang ni, ibu kat wad lagi...nanti Ibu datang ye...anak ayah kena kuatkan semangat ok. Jadi anak yang soleh yang berguna untuk anak bangsa, agama dan negara.!” bisik aku di telingganya..

No comments:

Post a Comment