Alhamdulillah,
kami menerima cahaya mata lelaki kurniaanNya pada 19 September 2012 melalui
pembedahan..
Buat masa sekarang, bayi sedang menerima rawatan dalam
incubator kerana tidak cukup minggu (premature-32 weeks with 1.485kg) di NICU
Hospital Putrajaya, alhamdulillah..baby stabil dan cukup sifat....
Doakan baby kami sehat dan insyaAllah dpt menjalani
kehidupan seperti bayi yang lain...
Keadaan baby stabil, dengan bantuan oksigen diberikan ..tangan dan kaki semuanya diikat dengan peralatan untuk monitor degupan jantung serta tekanan darah dalam badan. Ketika ini, bayi diberikan vitamin untuk kepentingan jantung dan organ2 yang lain kerana masih kurang matang sepenuhnya..
Selepas mengazankan ditelingga baby, aku terus mencari doktor yang bertugas untuk mengetahui keadaan anak aku ni..tup2, doktor tu yang datang kat tempat aku...
"Encik ni suami kepada Puan Norliaani ke...?" tanya doktor yang bertugas.
"Ye saya..Macam mana keadaan anak saya?" aku bertanya dengan penuh debaran..
"Alhamdulillah, keadaan baby sekarang dah stabil..berat masa lahir tadi 1.485kg. Buat masa sekarang, apa yang kami dapat lakukan ialah hanya monitor keseluruhan organ-organ yang ada untuk periksa samada ianya berfungsi sepenuhnya atau tak..itu adalah prosedur yang normal bagi setiap baby pramatang. Kita akan monitor baby ni sampai berat baby naik ke 1.7kg atau 1.8kg. Selalunya, berat yang sekarang ni akan turun sedikit dan akan mula meningkat selepas tu..Kemungkinan 3 atau 4 minggu jugak untuk naik ke tahap berat yang saya bagitau tadi."
"Berapa ye average berat bayi tu naik dalam sehari...?" ujarku untuk kepastian.
"Biasanya, berat baby akan naik 10g hingga 30g dalam masa sehari...tapi bergantung kepada baby tu juga..kadang-kadang ada hari naik, ada jugak turun,..insyaAllah, semuanya akan selamat..kami akan lakukan yang terbaik..Buat masa ni, susu ibu adalah terbaik untuk anak..kalau ade susu dari ibu, bawa la..nanti kita akan beri minum kat baby.."
Terima kasih ya Allah...syukur kepadaMU dengan nikmat menjadi ayah dalam keluarga kecilku...
Baby sgt comel n haluussss je...'like bapak like son'..
Macam mana keadaan baby?? semoga sihat selalu
ReplyDeleteAlhamdulillah. .semakin sehat...
ReplyDeleteAda byk lg post pasal mikhail ni..tp kekangan masa nak upload dlm blog ni...
Alhamdulillah. .semakin sehat...
ReplyDeleteAda byk lg post pasal mikhail ni..tp kekangan masa nak upload dlm blog ni...