Hospital Putrajaya
Nombor giliran masih jauh. Bilangan menunggu untuk giliran ke kaunter lebih kurang 50 orang lagi. Keadaan di hospital di awal pagi memang penuh sesak, ramai jugak orang sakit di Malaysia ni ye. Ini baru hospital kerajaan, kalau yang ke klinik swasta..hospital swasta..keadaan mungkin hampir sama, ramai orang sakit menanti untuk dirawat. Hospital Putrajaya ni sesak mungkin atas faktor Hospital Shah Alam masih dalam pembinaan. Orang Shah Alam mungkin tiada pilihan lain samada ke Hospital Putrajaya, Kelang atau Sungai Buloh. Bagi aku, biar la anak aku ni jadi anak Putrajaya..
Setelah selesai urusan pendaftaran di kaunter pendaftaran, ada lagi satu halangan menanti iaitu menanti nombor giliran untuk masuk berjumpa doktor pakar. Masa ni la rasa dupdap...dupdap....
Akhirnya nombor dipanggil, setelah 45 minit menunggu...
'Puan Norliaani...?' sapa doktor yang bertugas..
Wife aku cuma mengangguk tanda ye..
'Sila duduk ye...ni ade surat rujukan dari klinik yang awak selalu check-up, dalam surat ni bagitau suruh saya check ..katanya ade 'something' dalam rahim...Ok, xpe..awak baring dulu ye dekat katil sana tu..' arah doktor kepada Yani utk baring diatas katil..
Dalam hati aku, still rasa tak tenteram. Tertanya2 apakah benda yang dok ada dalam rahim wife aku tu...risau OoOoo...
Doktor dah mula scan perut Yani, bila start je scan...
'A'ah la...saya dah nampak keadaan benda ni, besar jugak ni...tapi sebelum tu, saya nak pastikan kat mana ia berada..'
'Kalau nak diikutkan keadaan sekarang ni, nampak macam 'cyst'...sebelum ni masa check-up bulan2 tak nampak ke?' tanya doktor Raimi kepada wife aku.
'Masa check-up bulan2...doktor yang check saya tu, xde pulak bagitau...kalo tak, mesti dah tau awal2 lagi..' jawab Yani dalam resah..
'Bagi masa saya check kejab ye...' Doktor tu abes nye die scan, tak cukup gel ...ditambah nye lagi...
Lame jugak la doktor scan...ade jugak nak dekat 10 minit...
'Saya suspect macam ade cyst dalam rahim awak ni....tp saya tak pasti..saya nk kena tanya yang lebih pakar kat sini.. kejab ye, saya nak jumpe doktor Hamidah.' Doktor Raimi tinggalkan bilik untuk berjumpe dengan doktor Hamidah di biliknya..
Dalam hati aku sekarang ni, macam serius je ni..sampai kena refer bagai....teruk sgt ke ni??? aduii...risau2..
Sambil aku dukung Mikhail yang dah semakin berat ni..nasib tak banyak kerenah budak kecik ni, ok je..siap ajak main cak2 lagi..huhu..
Tiba-tiba suara dari luar terdengar....
'Puan Norliaani...jom kite ke bilik Doktor Hamidah....die lebih selesa buat scan dan check kat tempat dia..'
'Ok.'
Lama jugak la doktor Hamidah tu scan dan check...nak pastikan, ape benda yang ade dalam rahim Yani ni...Doktor sembang antara doktor, aku biarkan je la...tak paham pe pon..
Aku hanya memerhatikan screen yang ade bentuk2 baby kat depan mata ...senyap tanpa suara...Mikhail pon asyik tengok ade button byk kat tempat scan tu, asyik nk sentuh2 je...tp alhamdulillah, nasib Mikhail takde nak buat ngada2 dia..
'Usia kandungan dah minggu ke berapa eh?'
'30-31 minggu'
'Kenapa tak buat detail scan awal2?Doktor yang check awak takde bagitau pape ke? kandungan awak dah besar ni...Agak susah nk tengok keadaan dia kat dalam rahim. Bila dah baby dah besar, pergerakan juga terbatas. Masa monthly check-up tak nampak ke?'
Eh..doktor ni, kite jugak disalahkan...ni pun memang cukup baik nk serah diri, kalau g check kat klinik kesihatan, mana nak ade scan2 ni...semua check biasa2 je kot, takde nak scan bagai setiap bulan..Menyirap jugak darah aku dengar doktor ni nk blame kami.
'Saya suspect kandungan awak ni ade 'cystic hygroma' la...tapi saya pon tak dapat nak confirmkan sebab, bukan kepakaran saya untuk identify betul2 'benda' ni 'cystic hygroma'. Lagipun, kandungan dah besar, susah nk tengok. Kena buat appoitment dengan pakar 'cystic hygroma' dekat PPUM. Kat sana, memang ramai professor2 yang pakar dalam bidang ni. Setakat yang saya nampak, cyst tu ade dekat bahagian leher baby. Tak pasti samada daripada placenta atau uri atau baby. Keadaan baby sekarang ni takde pergerakan sangat walau kite dah tolak2 suruh dia bergerak. So, saya akan tulis surat rujukan ke PPUM untuk tindakan selanjutnye ok...' Jelas Doktor Hamidah.
Ape pulak la 'cystic hygroma' ni.....aduii..
Risau la plak aku ni, walaupun bukan aku yang mengandung..tp dugaan dari Allah kali ni agak mencabar ...Sambil merenung mata wife aku, aku tahu dia gelisah.
'Doktor Raimi dah check blood pressure patient?' tanya doktor Hamidah kepada doktor Raimi.
'Dah tadi.. tinggi jugak, 150/100' ujar Doktor Raimi.
'Ok. Takpe, nnt tunggu 15 minit lagi, ambil semula ye bacaan. Lepas tu, buat appoitment dengan PPUM utk refer kes ni same' arah Doktor Hamidah.
Dalam hati aku, mau tak tinggi. Benda melibatkan nyawa kot...Aku yang bukan mengandung pon rasa seram sejuk. Inikan pulak yang mengandung. Wajah wife aku dah kerut2, pasti stress fikir pasal anak dalam kandungan tu...
Kami kembali ke bilik Doktor Raimi, aku hanya membisu. Wife aku pon sama. Sama2 kebingungan.
'Ok. Awak relax sekejab, nnt saya ambil bacaan lagi sekali ye. Sementara tu, sy nak buat appoiment deng PPUM utk kes awak ni ye..' ujar doktor Raimi.
'Doktor, cystic hygroma tu ape?' aku tanya utk kepastian.
'Cystic Hygroma tu, macam ade ketubuhan di leher baby semasa dalam kandungan. Selalunya, cyst ni dpt detect awal2 usia kandungan lagi. Tapi macam kita dah scan tadi, cyst tu ade dekat area leher dan doktor Hamidah bagitau macam ada yang abnormal kat jari tangan baby. Macam tak gerak2 sgt. Static. Tu macam tanda2 yang kita nampak,..kita kena rujuk kepada yang pakar la dekat PPUM nanti. Selalunya, cystic hygroma ni..die datang dengan pakej. Walaupun ade ketubuhan kat leher, sistem2 lain pon akan terganggu dan ia amat merbahaya..' Terkedu aku bila dengar penjelasan macam tu sambil wife aku sedang diambil bacaan darah.
Dalam otak aku sekarang, hanya fikir keselamatan baby. Tapi bila difikirkan2 balik masa check dekat klinik Nurzawati tu, takde plak die bagitau baby ni ade masalah..Time tu doktor bagitau, baby sihat cuma ada something yang sama2 membesar dalam rahim. Tu je yang die tak dapat nk bagitau sebab die bukan pakar..
Argh...tak leh jadi ni, kena argue skit dengan doktor ni..takleh nk accept je ape die ckp..kena balik buat research sendiri ni, takpun tanya 2nd opinion..
'Bacaan awak tinggi jugak lagi ni...kalau macam ni, awak kena masuk wad la..kita monitor awak dari sini.' Doktor Raimi tu bagitau keadaan darah Yani.
Adoii...lawak apakah ni??Bagi aku, dalam keadaan nervous cmni..kompom2 la darah naik ...
'Masuk wad doktor??' aku bertanya utk kepastian
' Yup..kenapa?'
'Yela, takkan sampai nak masuk wad bila tekanan darah tinggi? I mean, should be another way to reduce my wife's blood pressure instead of keep her warded..' speaking skit dengan doktor ni...
'Perlu...sebab tekanan darah tinggi ni boleh sebabkan pelbagai masalah lagi kepada baby...kita monitor la cmtu.' Doktor bagi jawapan dia kat aku.
'Kalau tak nak masuk wad boleh?'
'Kenapa tak nak masuk wad?Mm...ok, kalau awak taknak bagi wife awak masuk wad..nnt, kita akan buatkan satu surat pelepasan yang awak kena sign kat situ yang menyatakan awak tidak bersetuju. Kalau apa2 terjadi lepas ni, saya tak bertanggungjawab..' Balas doktor kepadaku.
Sambil memerhatikan Mikhail. Sape plak la nk jaga Mikhail ni kalau kena warded ni. Aishhh...takleh jadi ni, bukan sebab sakit ape pon..cuma darah naik sebab stress kot..
'Ok doktor.. i'll sign off the letter and be responsible for anything happen to my wife..Saya sendiri boleh monitor BP wife saya kat rumah, sebab kat rumah pon ade BP Machine ni...' padahal takde pon BP Machine tu, jabg kena singgah beli kat farmasi...huhu, taknak bagi dok wad punya pasal.
'Kalau macam tu kehendak awak, ok..saya siapkan surat pelepasan ye..Encik n Puan, boleh tunggu kat luar dulu, nnt saya dah siap..saya panggil semula.' Nampak macam stress jugak doktor ni kat aku..
Bila aku fikir2 balik, apa rasionalnya sampai nak kena warded ni.. Kalau dah kritikal, aku boleh consider lagi. Ni sebab darah tinggi je. Bukan sebab apa pon, ni kes dengar ape yang doktor bagitau tadi la ni...
'Syg ok ke?BP naik ni...nervous eh?' cuma nk tenangkan keadaan.
'Ye ar...sy tengah fikir2 n nervous dari masuk hospital ni lagi...nak2 bila doktor bagitau keadaan anak jadi macam ni, lagi la saya risau...' luah perasaan Yani kepadaku..
'Abang perasan..tp doktor tak sepatutnya cakap macam tu,at least ...die guna bahasa yang sesuai skit, kite paham..memang ade sesuatu dalam kandungan, sepatutnya try la utk bagi support.. Ni tak, macam nak menakut2kan je...Takpe, balik nanti...kite fikir 2nd option plak...'
Memang aku lihat riak wajah Yani agak stress...hanya diam memerhatikan Mikhail berlari ke sana..ke sini.. Kesian jugak tgk Mikhail, terpaksa ikut walaupun aku pasti dia mesti bosan.hehe..
'Puan Norliaani..' terdengar suara dari dalam bilik ...
Kami pon segera bergerak ke bilik doktor Raimi tu.
'Ok. Saya dah set appoitment dengan PPUM utk kes awak ni pada 26 Mac nnt ye. Usia kandungan pada masa tu, minggu ke-33. Yang lain, nnt sebelum balik...awak pergi ambil ubat darah tinggi dulu ye. Ambil buku ni dan bawa ke tempat ambil ubat. Ok, lagi satu..saya dah kepilkan satu table ni, awak monitor BP awak setiap hari ye..' ujar doktor.
Haa...kan senang kalau bagi ubat, takde la nk pening2 masuk wad..
Aku tau, die pon takut jugak sebab aku taknak bagi Yani dok wad. Bagi aku, nk monitor BP ni..kat rumah pon boleh, kalau dah extreme sangat tingginye..mmg aku bawa terus ke hospital, takde nk susah pon. Haishhh la doktor...
Dalam dok serabut2 otak fikir pasal ni, boleh plak terfikir...kalo appoitment dalam masa 2 minggu lagi, maksudnye macam tak kritikal lagi la ni...kalo kritikal, mesti dah kena g jugak2 esoknya... aku pun sedang pujuk diri sendiri supaya tak stress.. Ye ar, kalo aku tak kuat..macam mana nk bagi Yani kuat jugak.. Baru Lelaki!haha..
Setelah selesai urusan ambil ubat...kami terus pulang ke shah alam.
Dalam perjalanan pulang, aku lihat Mikhail nyenyak tido dalam kereta.. Penat kot, dari pagi...kol 3 lebih baru nak setel semuanya...Kesian Mikhail. Ibu pon diam je sepanjang perjalanan..
Balik nanti kita fikir untuk 2nd option ni, risau jugak nak tunggu 2 minggu lagi baru leh tau keadaan sebenar. Mana mampu aku nak hadap situasi macam ni setiap hari...
Arghh...stress....
*Bersambung.....