Wednesday, 29 April 2015

Hari Ke -16, 11 April 2015, Mifzal Muammar

SEMANGAT 

Kita mungkin memerlukan sesuatu untuk menaikkan semangat bagi mencapai apa yang dihajati. Bukan senang nak lakukan sesuatu tanpa ada daya pendorong yang kuat. Semangat yang luar biasa dapat membuatkan hasilnya yang lumayan. Ini termasuklah dalam hal2 pekerjaan, sosial, dan lain2. Kita mungkin tidak perasan, bila kita lakukan sesuatu...mesti ade sebab kenapa kita buat perbuatan tersebut dan untuk apa semua itu...jika kita tahu, maka kita mungkin ada perancangan yang terbaik. Begitu juga dalam penulisan aku sehari hari, ada kalanya merasakan x mampu untuk menulis dengan baik...tetapi memikirkan tentang perihal Muammar, diusahakan juga untuk dia mengetahui keadaannya sekarang ni bagi tatapan pada masa hadapan..

-----

Berat Muammar hari ni hanya naik 1g berbanding semalam dan menjadikan berat terkini 1.13kg . ..Jadi la Muammar, ade jugak naik beratnye dari turun aje...doktor bagitau, garam atau sodium dalam badan masih kurang. .so, akan ade penambahan kuantiti lagi utk diberi pada Muammar. Utk darah yang lain, stabil.

Alhamdulillah, kuantiti susu ibu yang diberi juga arini dah bertambah dr 1cc utk 2 jam sekali kepada 3cc utk 2 jam sekali. InsyaAllah, harap2 dengan penambahan susu ibu ni akan membuatkan Muammar sihat dan kuat macam abg mikhail!

Semalam doktor bagitau, Muammar kan demam sekejab..tp doktor dah ambil precautions utk bagi Antibiotics dulu...takut2 ade infections lg...Antibiotics yang sebelum ni pon akan diteruskan lagi.. Results yang ambil darah hari tu masih belum ada.

Ya Allah, Engkau permudahkan la urusan anakku.
Sesungguhnya Muammar berada dalam lindunganMu.
InsyaAllah, semuanya akan selamat.

With love,
MM

No comments:

Post a Comment