KALI PERTAMA
Setiap orang pasti mempunyai pengalaman pertama. Pengalaman tersebut menjadi sejarah yang bermakna dalam kehidupan kita. Ramai diantara kita ada cerita tentang pengalaman kali pertama samada dalam pelbagai perkara seperti persekolah, percintaan, perkerjaan dan sama waktu dengannya.
Andai semua kali pertama itu menarik hati, mungkin akan ingat sampai bila-bila..
-----
Adalah menjadi rutin harian kami pergi ke Hospital Putrajaya untuk melawat Muammar ni NICU. Sedar tak sedar dah masuk 32 hari. Lama jugak Muammar dalam Incubator ni..
"Aik....mana Incubator anak saya nurse?" berubah lagi tempat Muammar kali ni..
"Baby puan dah dialih...dia dah tak dok sini, dah masuk dalam bilik 11 tu..tapi berat dia tetap sama je dgn hari semalam, berat hari ni 1.28kg je...Doktor kata, cuma berat je tak naik2, yang lain OK. sebab tu kena ubah tempat masuk bilik, dah tak kritikal..." ujar nurse yang bertugas.
Waaahhh....alhamdulillah, takpe la,janji semuanya selamat...biar lambat, asal sihat..
"Nurse, saya tengok ...anak saya dah takde cable utk monitor oksigen n pulse, dah boleh buat 'Kangaroo Care' ke?" wife aku memberanikan diri untuk tanya..
"Ooo...kalau yang itu, saya kena tanya doktor kejab ye.." sambil nurse keluar dari bilik mencari doktor
Tidak lama kemudian,...
" Ok puan, saya bedung anak puan...nnt dah boleh start buat 'Kangaroo Care' and try breastfeeding same ye....." Ya Allah...alangkah bahagia nya perasaan ketika ni, saat yang ditunggu-tunggu untuk dukung, peluk, cium Muammar dah tiba...
Hari ni adalah salah satu hari yang bermakna pada kami. Penantian yang lama sudah tiba...
Hampir menitis air mata mengenang saat manis begini...ye ar, dah 32 hari baru boleh dukung, peluk, cium Muammar. Perasaan tu hanya Allah sahaja yang tau!
Orangnye kecik dan halus jika nak dibandingkan dengan baby lain....Muammar pon tenang je dalam dakapan ibu..pelukan ayah pon same okk....hehe..
Harap2 hari yang mendatang, berat Muammar akan terus naik...takde lagi nk turun2 lagi...huhu..insyaAllah.
Ya Allah, Engkau permudahkan la urusan Muammar.
Sesungguhnya, Muammar dalam peliharaanMu.
InsyaAllah, semuanya akan selamat. Bertabah la wahai anak...
With Love,
MM