Tuesday, 28 April 2015

Hari Ketujuh, 2 April 2015, MIfzal Muammar

RENUNGAN MATAMU

Ada diantara kita penah merasai bagaimana perasaan kali pertama memandang sesuatu yang kita suka dan akan terus memandang tanpa jemu. Renungan boleh juga menjadi benci dan marah atas sebab2 tertentu jika ada sahaja tidak kena pada pandangan mata. Cinta pandang pertama mungkin menjadi intipati kebanyakkan novel2 yang terdapat di pasaran... tp bila dah terpaut pada renungan mata, mungkin boleh teringat dan termimpi2 ooii..hehe..

Renungan manja mungkin......

-----

Muammar masih dalam mode recovery, sedar tak sedar dah masuk hari ketujuh Muammar dilahirkan. Setitik susu masih belum menerjah masuk dalam perut Muammar. Ibu masih tabah n cekal hati untuk pam susu tanpa jemu untuk Muammar. InsyaAllah, mmg rezeki Muammar...susu ibu dah banyak terhasil. Hanya menunggu 'green light' dari perut Muammar. Keadaan perut Muammar semakin baik, setakat tengahari td, tiada new fresh blood yg keluar dr perut...cuma ada sedikit ketulan darah lama yg masih ada. Doktor hanya akan membenarkan susu ibu diberi jika kedua2 jenis darah ini takde dlm perut Muammar. InsyaAllah, mana nak tau berkat hari Jumaat esok, semuanya akan selamat...

Doktor pon dah mula risau, sbb infections masih belum dikawal sepenuhnya oleh antibiotics...harap2 dengan ade nye susu ibu, dpt bagi booster support nk lawan Infections yang ade dalam badan Muammar..

Oksigen support masih ade...tp flow rate dah ke paras normal, 21%...Doktor pon blom decide nk cabut, sbb nk biarkan je dlu utk brape hari lg...tgk condition macam mana lps ni.

Line kat kepala dah bengkak, doktor dah buat Line baru kt tangan pulak...tp bila tgk bekas kat kepala tu, cian pon ade....sebab nampak bengkak air n lebam skit..tangan kiri n kanan, mcm biasa la...kena bedung kt tilam special dia, nurse bgtau Muammar asyik nk tarik je Line yg ade...

Sejak dari hari kedua, mmg Muammar diletakkan dibawah lampu biru n mata ditutup dgn kapas...sebab Jaundice tinggi. Baru semalam ok. Dan hari ni jugak la,buat pertama kalinya ibu n ayah dpt tgk Muammar buka mata sebesar2nye untuk melihat dunianya skrg.. Yang tak bestnya pulak, lagi 5 minit masa melawat nk abes...baru la Muammar buka mata...aduhhh...sedih kot...

Ya Allah, renungan mata Muammar ke arah kami mcm dia nk menceritakan ape dia rasa skrg ni dr dalam incubator, terkebil2 melihat ibu n ayah...diusap2nye ubun2 kepala Muammar dgn kata2 semangat, doa ...hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan tu ade pada aku dan wife. Bila security dtg utk memberitahu masa melawat dah abes, kelihatan Muammar menangis...mungkin Muammar pon belum puas bermanja2 dengan ibu n ayah...dipegang lagi jari dan diusap2 tangan Muammar supaya kuatkan semangat. Masa melawat dah abis.

Aduhai....bertabah la wahai hati....hampir jatuh air mata lelaki aku bila mana jadi macam ni..
Ya Allah, Engkau permudahkan la urusan anakku...Sembuhkan segala penyakit yang ade pada anakku ketika ini. Sesungguhnya Muammar berada dalam lindunganMu.

With love,
MM

No comments:

Post a Comment