Monday, 27 April 2015

DAY 17 : 5 October 2012, Mifzal Mikhail


Rezeki Mifzal Mikhail.

Kata orang, bila mana seseorg bayi yang baru dilahirkan, insyaAllah..ada rezeki yg dibawanya bersama2nya..samada lambat atau cepat sahaja rezeki itu datang..bagiku, ianya adalah Qada dan Qadar daripada Allah ke atas umat manusia di muka bumi ini..dan kita sebagai orang Islam, percaya kepada Qada dan Qadar adalah rukun IMAN.

Alhamdulillah, setelah penantian selama ini untuk mendukung dan mencium anakku sendiri telah dapat aku dilakukan pada hari ni...walaupun berat terkini hanya 1.45kg, doktor memberi kebenaran untuk ayah dan ibu membawa keluar seketika bayi di dalam incubator untuk dipeluk,didukung dan dicium sebagai tanda syukur kepada Allah..

Kemanisan saat2 indah ini tidak dapat diluahkan dengan kata..hanya mampu tersenyum lebar tanda kepuasan yang amat sangat..macam mana perasaan itu??hanya insan bergelar ibu dan ayah sahaja mampu menceritakan pengalaman tersebut..

"Doktor, macam mana keadaan anak saya ye utk hari ni?" ujarku kepada doktor berbangsa cina yg bertugas pada masa tu,..

"Sehingga hari ke 17 ni, keadaannya normal dan stabil..berat pon dah ade peningkatan walaupun sedikit..." doktor menjawab...

"Alhamdulillah, tp doktor...boleh tak ibu bayi ni nak dukung dia?sebab saya tgk ade baby lain yg seberat dgn dia dah bleh wat macam tu...." mencuba nasib utk dukung Mifzal Mikhail..

"Boleh2...dah boleh dah, jab eh...Nurse...!Tolong bedung baby ni n bagi ibu dia dukung ye...." perasan gembira tak terhingga untuk detik pertama sebagai ayah dan ibu dapat dukung anak sendiri...

Ya Allah...aku bersyukur sgt2 kepadaMu ya Allah....

Setelah nurse siapkan Mifzal Mikhail, lalu terus diberi kepada isteriku...bagaikan nk menangis menanti waktu yang terindah macam ni..yela, bayi normal yang lain..lahir2 je, terus dpt pegang n dukung..bg kami, perlukan kesabaran dan penantian yg agak lama..

Semasa ibu dukung dan membawa Mifzal Mikhail ke bilik menyusu (tp tak menyusu lagi, dukung2 je dlu), ada satu msg ke Handphone aku memberitahu ade rezeki yg telah lama ku tunggu sudah lulus...Alhamdulillah...syukur sgt2 kepadaMu Ya Allah..

Hari yang penuh dengan kenikmatan dunia dan rezeki dari Allah...

Tak sabar nk g tgk Mifzal Mikhail esoknye...InsyaAllah, Mifzal Mikhail akan cepat sehat selepas dpt pelukan daripada ibu ye...

No comments:

Post a Comment