Tuesday, 28 April 2015

Hari Kelima, 31 March 2015, Mifzal Muammar

ANAK

Cahaya mata merupakan pelengkap kehidupan kepada setiap keluarga. Tidak kira samada anak 1 atau lebih, anak ini juga diibaratkan penyeri dalam kehidupan rumahtangga. Riuh rendah suara si kecil mengamitkan suasana walaupun kadang2 agak stress bila terlalu ramai dengan perangai yang pelbagai. Sebagai anak pula,tanggungjawab terhadap ibubapa jangan diambil mudah..berbaktilah kpd mereka selagi mana ada ibu dan bapa di dunia ini. Kelak, merasa sunyi yang amat sangat.

Setiap anak mempunyai nama. Nama yang diberi sedikit sebanyak menggambarkan akhlak peribadi anak. InsyaAllah. Sudah 5 hari anak kami dilahirkan, kini tiba masanya untuk memberitahu nama anak kami yang kedua bernama MIFZAL MUAMMAR yang membawa maksud Teramat Mulia dan Panjang Umur. Harapan ayah dan ibu, semoga menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama bangsa. InsyaAllah, amin..

-----

Ramai yang bertanyakan keadaan Muammar sejak semalam. Hanya ucapan terima kasih mampu kami ucapkan kepada yang mengikuti coretan kisah benar yang berlaku sejak 27 March 2015 dan mendoakan kepada Muammar supaya cepat sembuh. InsyaAllah, perkembangannya akan dikongsikan bersama setiap hari sehingga Muammar keluar dari NICU.

Untuk perkembangan hari ini, tindakbalas terhadap antibiotics yang diberi masih dalam proses penyesuaian. Masih terdapat infection di dalam badan Muammar. masih terdapat ketulan darah dalam perut tetapi kuantitinya semakin berkurangan sedikit berbanding semalam. Alhamdulillah, harap2 Muammar dah boleh minum susu ibu dalam masa 2, 3 hari lagi....InsyaAllah.

Bagi bantuan oksigen ke paru-paru pula, Doktor masih guna bantuan oksigen terus ke paru-paru melalui mulut. Cuma yang positif tentang oksigen yang diberi berkurangan sedikit daripada semalam. Semalam 40% dan hari ni 30% ratio oksigen. Keadaan utk normal hanya 21%.

Keadaan darah juga masih xberubah banyak tetapi ade peningkatan skit daripada semalam dan hari ini akan ditambah lagi darah untuk pastikan keadaan darah kembali ke paras normal. Infections masih belum dpt dikawal sepenuhnya.

Selepas berjumpa dengan doktor yang bertugas hari ni, aku dan wife rasa tenang skit melihat keadaan Muammar. Banyak bersembang santai tentang keadaan Muammar. Walaupun tak banyak improvement dari semalam, aku bersyukur sgt2 sebab at least ade juga ke positive nye drpd xde lgsg...kite kena paham, bila dah pramatang ni..macam2 boleh terjadi kat Muammar.Tetap akan monitor pergerakan Muammar sampai sihat dan boleh keluar dari NICU. Dengan keadaan Muammar skrg ni, boleh jadi penginapan di NICU tu boleh sampai ke sebulan lamanya..insyaAllah, tp kalau dah sihat sebelum tu lg,kira bonus la...Alhamdulillah.

Bertabahlah wahai anak, ayah dan ibu xjemu2 mendoakan supaya Muammar sihat dan kembali normal seperti baby lain...

InsyaAllah, semuanya akan selamat...

With Love,
MM

No comments:

Post a Comment