Tuesday, 28 April 2015

Hari Kesepuluh, 5 April 2015, MIfzal Muammar


PENANTIAN

Orang kata, penantian itu satu penyiksaan. Penat menunggu kot. Menanti sesuatu dengan harapan pasti mengundang keterujaan. Lebih2 lagi menanti sesuatu yang kita tak sabar untuk nak dapat. Menghitung hari la jawabnya..

Penantian sebuah jawapan...memilikimu..
Sesungguhnya aku..ingin memelukmu, rindu akan dirimu...berharap akan segera sembuh..

-----

Setiap hari melangkah masuk ke NICU, terdapat seribu satu perasaan yang tak dapat diluahkan...hanya sesiapa yang ada pengalaman anak pramatang sahaja yang tahu perasaannya. Tetapi perasaan itu hilang bila dapat bertemu dgn si comel Mifzal Muammar. Setibanya kami di Incubator nya, mata Muammar dah bulat sebulat2nya seolah tahu akan kedatangan kami... Terkebil2 melihat dunia dari kaca matanya...
Terkesima sekejab.

'Assalamualaikum anak ayah Muammar....' aku memberi salam

Walaupun aku tahu dia xpandai jawab salam lg, tp sekurang2nya aku telah mendoakan kesejahteraan dia ...Mata Muammar terkebil2 lg...comel je.

Perkembangan Muammar hari ni lebih baik berbanding semalam, doktor yang bertugas bagitau Muammar dah semakin aktif. Pernafasan semakin baik. Semua organ berfungsi secara normal. Oksigen support juga akan ditukar kepada terus ke hidung. Tapi memandangkan kami ada lg di Incubator, nurse tunggu kami pulang dlu ...baru mereka nk buat. Xnak bagi tengok la tu...huh!

Aku sempat juga tengok bagaimana mereka tukar oksigen kat baby sebelah Muammar..satu pengalaman baru.

Berkenaan tentang darah Platelet pula, tak banyak berubah. Masih tiada peningkatan. Platelet ni boleh diibaratkan sebagai mesin utk produce darah, tp oleh sebab Infections yang teruk..ia xdapat berfungsi secara efficient lg. So, masih xdpt bagi susu ibu lagi ke Muammar. Sabar ye..

Secara keseluruhannya, perkembangan Muammar semakin baik daripada semalam.

Ya Allah, Engkau permudahkan la urusan anakku .
Sesungguhnya Muammar berada dalam lindunganMu.
Semuanya akan selamat. InsyaAllah.
Bertabahlah wahai anak . ..

With love ,
MM

No comments:

Post a Comment