Tuesday, 28 April 2015

Hari Keenam, 1 April 2015, Mifzal Muammar

SUKA DUKA KEHIDUPAN

Lumrah kehidupan di dunia, ada kalanya kita bergembira atas sesuatu perkara....ada waktunya pula merasa sedih. Semuanya menjadikan kehidupan itu lebih bermakna dengan pelbagai pengalaman hidup. Kalau kita merasakan kita sudah senang, ade lagi orang yang lebih senang dari kita...begitu juga kalau kita sedang mengalami kesusahan, ade ramai lagi di luar sana yang lagi susah dari kita...insyaAllah, kita akan sentiasa mensyukuri akan nikmat kehidupan di dunia tanpa perlu merungut akan apa yang terjadi kepada kita. Kesederhanaan dalam semua perkara adalah dituntut oleh Islam. 

-----

Hari ini, keadaan Muammar tidak banyak yang berubah. Semuanya masih sama seperti hari semalam. Level oksigen yang diberi telah diturunkan lagi 5%, menjadikan 25% berbanding 30% semalam. Bengkak di leher masih kelihatan, risau pulak hati memikirkan. Harap2 tak merbahaya.

Line di kepala masih ada, semalam ade 1 Line sahaja di kepala. Hari ini dah di tambah 1 lagi. Dah jadi 2 Line ..kiri dan kanan. Aduh, dah jadi Koperal lak pulokk..

'Nurse, selalunya berapa hari Line kat setiap tempat dicucuk ni? Macam selalu ubah je tempatnya...' aku ingin tahu tentang prosedur mereka.

' kalo setiap Line yang dicucuk ni, bergantung kepada kulit baby la..kalo dah bengak, kita tukar la tempat cucuk tu..selalunya dalam 2 atau 3 hari sekali,mesti kena buat Line baru...' nurse memberi pencerahan..

'Ok..maksudnye mmg akan berubah2 la tempatnye eh....'

'A'ah ' ringkas jawab nurse...

Dalam hati aku, bertabah la wahai anak....berbekas la tangan n kaki kena cucuk untuk buat Line tu. Cian...

Doktor bagitau, still ade ketulan darah dalam perut tp berkurangan drpd semalam n still tak boleh nk decide utk beri susu ibu. Hari ni jg akan ade tambah lagi darah. Infections dlm badan masih banyak. Harap2 semuanya akan selamat.

Ya Allah, Engkau permudahkan la urusan anakku...sesungguhnya Muammar berada dalam lindunganMu.
Bertabah la wahai anak..ayah dan ibu selalu mendoakan yang terbaik utkmu..

With love,
MM

No comments:

Post a Comment