Tuesday, 28 April 2015

Hari Ketiga, 29 March 2015, MM

BAYI PRAMATANG

Umum mengetahui perkataan pramatang itu membawa maksud sebelum waktunya. Jadi, bayi pramatang bererti bayi dilahirkan sebelum waktunya yakni sebelum minggu 36/37. Tetapi ramai yang tak mengetahui akan bagaimana ia terjadi, kenapa ia terjadi dan siapa yang berisiko untuk melahirkan bayi pramatang.

Bayi berisiko utk dilahirkan pramatang adalah seperti perokok, ade sejarah perubatan lampau, darah tinggi, kencing manis, stress, bayi kembar dan lain2 ..

Risiko2 yang perlu dihadam, difahami dengan mendalam akan kemungkinan2 yang bakal diharungi oleh anak pramatang ini. Ianya seperti: masalah jantung berlubang, paru-paru tak matang, usus tak membesar, jangkitan kuman dan byk lg. Masalah2 ini yang selalu dirisaukan samada ianya ada pada bayi pramatang bila dilahirkan oleh doktor2 dan ibu bapa.

Saiz bayi pramatang pula selalunya kecil berbanding bayi normal dan berat sekitar kurang dari 1.5kg. Anda mungkin tidak pernah membayangkan saiz kepala bayi sebesar genggaman tangan anda. Cuba bayangkan keadaan fizikal lain seperti jari tangan, kaki, dan lain2 organ...semuanya berskala kecil. Itulah keajaiban kejadian Allah s.w.t. Ada dikalangan bayi pramatang hanya seberat 600-700g, dengan kuasa Allah..bayi tersebut masih dpt hidup. Allahuakbar.

-----

Keadaan MM Jr II masih sama, tiada perubahan positif pada hari ketiga. Oksigen masih dibekalkan terus ke hidung, wayar2 seperti biasa. Cuma ada ade banyak kesan2 jarum pada tangan dan kaki, itu tandanya bilangan jarum darah dicucuk dan diambil oleh doktor. Doktor pakar NICU memberitahu kami akan keperluan utk tambah darah kepada baby kerana keadaan darah baby kurang normal untuk melawan infections atau kuman yang ade dlm badan. Baru aku tahu, dalam darah kite ni ade 4 jenis, igtkan ade 2 je..hehe. Darah merah, darah putih, platelet dan darah utk pembekuan. Jadi, baby kekurangan platelet dan darah utk pembekuan sbb doktor bagitau ade pendarahan sedikit dalam usus baby tetapi tidak berbahaya. Antibiotics pon akan ditukar kepada yang lebih kuat sedikit bagi memberi antibody yang setanding melawan virus kuman yang ada. Jaundice masih ada, hanya 1 lampu sahaja dipasang berbanding semalam. Bengkak di leher pon masih ada. Darah ibu diambil dan diuji untuk dibuat sample bagi tambah darah kt baby. Row incubator masih diletakkan di zon pemantauan khas.
Bayi aktif dan doktor kata bagus sebab ade tindakbalas yang cepat. Nurse pulak bagitau, time ibu n ayah xsampai lagi...pantang usik skit, menangis aje....tp bila ibu n ayah datang....sopan je....hehe..pandai berlakon ni...

Kadang2 rasa touching lak bila tgk orang lain dapat pegang terus baby n didukungnya baby ke sana sini...diciumnya bau baby...wangi...
InsyaAllah, semuanya akan selamat..

With love,
MM

No comments:

Post a Comment