Kelebihan dan Kekurangan
Setiap orang dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan keistimewaan masing2..Anugerah ini hendaklah digunakan dengan betul supaya ianya dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain..Dapat pahala banyak tu. Jika ada ilmu,lebih bagus kita pakat2 menyemarakkan ilmu itu kepada sesiapa sahaja.insyaAllah,ianya menjadi bekalan kita di akhirat kelak..dan jika kurang memiliki ilmu,apa kiranya bertanyakan kepada yg pakar dan arif tentang sesuatu itu agar tidak celaru dikemudian hari..
"Man, aku tengok ko skrg dah jadi macam sasterawan facebook je skrg.."
"Sampai bila hang nak menulis kat Facebook ni...?hari ni xtulis2 lg ka..."
"Mm..sementara baby xdak ni,leh ar pulun karang macam2,dan nk jaga anak nnt..pakai x update dah laa...hehe"
"Kalau dah rajin menulis,try ar buat Blog...macam2 ko bleh isi..."
"Setiap hari aku buka Facebook,dok cari jgk la update pasal anak hang..ok ka la ni?"
Dan banyak lg persoalan dan kata2 semangat diajukan kepadaku atas hobi baru aku ni..xlarat nk tulis je semua2 tu..
Pada mulanya,aku merancang hanya untuk mengambil gambar anakku setiap hari sehingga 365 hari,tp apakan daya..Mifzal Mikhail berada dalam Incubator dan gambar baby tak boleh diambil,maka terpaksa mencari alternatif lain sebagai lakaran memori kelak. Jadi, penulisan untuk setiap hari adalah pilihan yang ada..
Harapanku lepas ni, bila Mifzal Mikhail dah keluar daripada hospital,akan muncul blog aku sendiri..xyah nk update kot Facebook lg dah..
Sebenarnya,aku memang berminat untuk menulis,mungkin ada kelebihan sama seperti arwah ayah yg sememangnya otai dalam penulisan..InsyaAllah,aku akan berusaha ke arah tu dan mewarisi bakat arwah ayah..
Mifzal Mikhail semakin ceria dan sihat!Alhamdulillah,syukur kepada Allah s.w.t..
Tengahari td sewaktu dtg melawat Mifzal Mikhail, sebaik sahaja pintu Incubator dibuka dan beri salam kat anak ayah ni..terus mata Mifzal Mikhail celik!Subhanallah...besar lak tu buka matanya..macam tau2 je kehadiran ibu dan ayah..siap senyum2 lg tanda gembira..tak sabar soh ibu dukung la tu.hehe..
Terus xberlengah,tanya doktor yg bertugas untuk mengetahui berat terkini Mifzal Mikhail..
"Berat baby Norliaani skrg dah naik,berat terkini 1.73kg...saya dah check,semuanya stabil. Sepatutnya,hari ni baby dah bleh dok luar Incubator dah..Nanti sy mintak nurse tukarkan ye.." Gembira dan senyum lebar aku tanda puas serta syukur atas keadaan Mifzal Mikhail skrg..
"Alhamdulillah,doktor..biar je la baby dok dalam Incubator sampai 1.78kg bleh x?bagi saya,biarlah die dok dlm tu dlu...at least,sy pon tak risau..bg dia betul2 sehat.." Ujarku kepada doktor betugas..
"Boleh..xde masalah," ringkas jawapan doktor..
InsyaAllah,xlama lagi Mifzal Mikhail boleh keluar hospital dah...Hari ni plak,first time ibu bagi Mifzal Mikhail pakai topi..sblm ni,kalau cuba pakaikan..terus sampai hidung topinye..hehe..Ayah dah carikan topi kecik n sesuai untuk Mifzal Mikhail. Baru comel dan handsome!
Ayah dan ibu sayang Mifzal Mikhail...
No comments:
Post a Comment